Wednesday, 9 December 2015

TEMUBUAL BERSAMA IKON CHETTI


Sewaktu perjalanan pulang ke kereta, kami telah terserempak dengan seorang individu yang tidak asing lagi iaitu Encik Supiah. Beliau merupakan individu yang bekerjasama dalam penubuhan Muzium Chetti ini. Beliau juga sering muncul dalam rancangan dokumentari yang berkaitan dengan etnik Chetti. Banyak maklumat yang kami perolehi daripada sesi temubual ini.

Encik Suppiah juga ada menceritakan tentang Perayaan Ponggal. Masyarakat Chetti juga menyambut perayaan tersebut secara besar-besaran pada setiap tahun sebagai tanda kesyukuran. Sehingga kini, mereka masih lagi mengamalkan amalan budaya dan tradisi warisan nenek moyang. ini adalah salah satu peluang bagi mereka untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi yang tinggal di luar, tidak kiralah sama ada dekat ataupun jauh, mereka akan tetap pulang ke kampung Chetti untuk bersama-sama meraikan perayaan ini.


Peralatan yang digunakan semasa Perayaan Ponggal.

Selain daripada itu, Encik Suppiah juga ada menceritakan tentang adat tradisi yang masih kekal dilakukan sehingga kini. Antaranya, mereka masih mengekalkan tarian payung, pemakaian pakaian tradisi mereka iaitu kebaya nyonya dan juga masih mengekalkan makanan tradisi seperti lauk pindang, sambal timun bercili, sambal belimbing telur ikan, masak pindang periuk tanah, kacang goreng minyak, cencaru dan ikan parang goreng cili. 

 Antara contoh makanan tradisi yang masih dikekalkan sehingga kini.  

Encik Suppiah juga memberitahu bahawa masyarakat yang unik ini bermula dari sejarah kedatangan India ke Melaka dan kebudayaan mereka. Walaupun berbangsa India namun keseluruhan cara hidup mereka dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu. Asimilasi budaya Melayu Melaka telah menyerap dalam kehidupan mereka. 


Tarian Payung yang masih dikekalkan. Ianya merupakan antara tarian tradisional masyarakat Chetti.

No comments:

Post a Comment