Wednesday, 9 December 2015


MELAKA I'M COMING,,,,

Assalammualaikum..Salam Sejahtera...Salam 1 Malaysia....

Pada 28.12.2015 jam 9.00 pagi, alhamdulillah kami selamat sampai ke Melaka. Sebelum kami pergi ke Muzium Chetti kami singgah sebentar di rumah Nadia yang merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan 'The Konglomerat' di Jasin Melaka. Telah berlaku percanggahan program daripada perancangan awal sebelum ini. Kami dengan suka rela menerima undangan daripada keluarga Nadia untuk datang ke Majlis Perkahwinan abangnya yang sulung. Siapa tak nak makan "free" kan. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Lagi pun sudah lama kami tidak makan nasi minyak. Peluang yang ada ini kami tidak akan lepaskan...

Selepas selesai sesi beramah mesra dengan keluarga Nadia, Kami meneruskan agenda utama kami iaitu lawatan ke Muzium Chetti Gajah Berang, Melaka. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Jasin. Setibanya kami disana, kami telah disambut oleh seorang adik cilik yang berumur 10 tahun. Beliau menyambut kami dengan sangat ramah.

Untuk memasuki muzium itu, kami dikehendaki membeli tiket yang berharga RM2 seorang.


Keadaan didalam muzium ini sangat teratur dimana segala maklumat yang kami kehendaki telah tersedia di setiap dinding bangunan muzium. Keadaan muzium ini adalah seperti sebuah rumah dimana terdapat bilik tidur dan juga ruang makan. Segala maklumat berkaitan sejarah penubuhan, makanan tradisional , adat istiadat, perayaan, perkahwinan, kematian, dan juga barang-barang peninggalan daripada nenek moyang etnik mereka ada disitu.

Dibawah ini kami sediakan sebuah video pendek oleh saudari Aini dan juga beberapa keping gambar ketika kami berada di Muzium Chetti.




Saudari Aini memberi kata-kata aluan di hadapan Muzium Chetti Melaka.



Bergambar bersama salah seorang kanak-kanak etnik Chetti (hujung kanan).



Dihadapan pintu masuk muzium Chetti.



Bahagian dapur terdapat batu lesung peninggalan nenek moyang mereka.



Perkakas dapur yang digunakan pada ketika dahulu.



Bilik yang terdapat didalam Muzium Chetti



Antara individu yang kami temubual di Muzium Chetti.


No comments:

Post a Comment