Thursday, 10 December 2015

TERIMA KASIH

Assalamualaikum , salam sejahtera , salam 1 Malaysia

Pertama sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Fatin Hazwani bt Siran kerana telah banyak bersabar dengan kami. Beliau juga telah banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami sepanjang tempoh untuk menyiapkan projek ini. Sepanjang semester 1 sesi 2015/2016. Beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi, mudah mesra, tinggi ilmu pengetahuan dan sedikit tegas.

Segala input dan maklumat yang disampaikan oleh beliau adalah maklumat yang sangat berguna untuk subjek ini dan juga kehidupan harian. Dimana beliau pernah berkata jika ingin berjaya pastikan 'SEL-SEL OTAK ANDA KENA SENTIASA BERHUBUNG'. Ada benarnya juga kerana jika kita bertindak tanpa berfikir , ada kemungkinan kita akan melakukan kesilapan dalam kehidupan ini.

Dengan ilmu yang kami perolehi daripada beliau maka terhasillah laporan akhir ini. Disertakan juga bersama entri blog kumpulan dan refleksi kumpulan 'The Konglomerat'. Dibawah ini kami ade sertakan beberapa lampiran yang berkaitan dengan tugasan akhir kami.


Beliau lah yang kami maksudkan diatas sebentar tadi. Puan Fatin Hazwani terima kasih diatas ilmu dan jasamu yang sangat bernilai.


Ini merupakan laporan akhir daripada 'The Konglomerat'


Entri ini adalah merupakan catatan diari oleh 'The Konglomerat' daripada mulanya penubuhan kumpulan sehingga selesainya tugasan ini dengan jayanya.

Refleksi kumpulan menceritakan segala yang kami perolehi sepanjang perjalanan untuk menyelesaikan tugasan ini. Ianya termasuklah dengan SWOT analisis.


Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam kumpulan 'The Konglomerat. Kamu semua adalah yang terbaik. Semuanya memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik. Semoga hubungan baik ini dikekalkan sampai ke Jannah. Amin.



Wednesday, 9 December 2015

RINDUNYA SUASANA DI KAMPUNG 

Selepas puas meronda di bandar Melaka, kami pulang ke kediaman keluarga Wani untuk menumpang bermalam disana. Alhamdulillah hari itu berakhir dengan gembiranya. Keesokan harinya kami meneruskan perjalanan pulang ke UKM. Perjalanan kami di Melaka berakhir pada pagi itu. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada keluarga Wani kerana sudi menumpangkan kami tidur bermalam di rumah mereka. Layanan yang diberikan oleh keluarga Wani sangat baik.

Walaupun terasa penat namun kami berasa sangat gembira. Akhirnya maklumat yang kami perlukan sudah diperolehi. Pulangnya kami ke UKM tugasan baru akan menanti. Inshaa Allah, kami akan mengunjungi Melaka lagi selepas ini. 

Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
Penuhkan dada dengan ilmu,
Hidup ini sementara.

(Assignment menanti oooiii... Mohon pulang ke UKM segera yaa)


Kuning emas masaknya padi, 
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi anda jadi kenangan. 

(Terima kasih kepada keluarga Wani..Atuk dan Mak Wani memang BEST..)
JONKER WALK NIGHT STREET...


Pada malamnya pula, kami tidak melepaskan peluang untuk melawat Bandar Melaka Bersejarah. Memandangkan kami tidak pulang ke UKM disebabkan hari sudah lewat petang, kami membuat keputusan untuk menginap di rumah keluarga Wani. Suasana masih meriah di Bandar Melaka walaupun sudah larut malam. Antara tempat yang kami sempat kunjungi pada malam tersebut ialah Jonker Walk, pasar malam yang tersohor di Melaka. Rata-rata penjual di situ adalah adalah etnik peranakan. Rata-rata barangan yang dijual juga adalah barang yang unik dan jarang dilihat di kedai-kedai biasa.  




Beca-beca mewarnai kota Melaka.

River cruise juga merupakan tempat tarikan pelancongan di Melaka.
Tetapi kami tidak berpeluang menaikinya kerana kesuntukan masa. Hanya gambar sahaja yang boleh dijadikan sebagai kenangan.

Air kelapa unik yang terdapat di Jonker Walk. Satu bekas bernilai RM5 sahaja.

Teh bunga yang sempat kami borong. Rasanya sangat sedap dan berbau wangi.

Selfie jap :)

Di hadapan Hard Rock Cafe.

Ok.. Selamat malam semua.. Kami pulang dulu yaa...



TEMUBUAL BERSAMA IKON CHETTI


Sewaktu perjalanan pulang ke kereta, kami telah terserempak dengan seorang individu yang tidak asing lagi iaitu Encik Supiah. Beliau merupakan individu yang bekerjasama dalam penubuhan Muzium Chetti ini. Beliau juga sering muncul dalam rancangan dokumentari yang berkaitan dengan etnik Chetti. Banyak maklumat yang kami perolehi daripada sesi temubual ini.

Encik Suppiah juga ada menceritakan tentang Perayaan Ponggal. Masyarakat Chetti juga menyambut perayaan tersebut secara besar-besaran pada setiap tahun sebagai tanda kesyukuran. Sehingga kini, mereka masih lagi mengamalkan amalan budaya dan tradisi warisan nenek moyang. ini adalah salah satu peluang bagi mereka untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bagi yang tinggal di luar, tidak kiralah sama ada dekat ataupun jauh, mereka akan tetap pulang ke kampung Chetti untuk bersama-sama meraikan perayaan ini.


Peralatan yang digunakan semasa Perayaan Ponggal.

Selain daripada itu, Encik Suppiah juga ada menceritakan tentang adat tradisi yang masih kekal dilakukan sehingga kini. Antaranya, mereka masih mengekalkan tarian payung, pemakaian pakaian tradisi mereka iaitu kebaya nyonya dan juga masih mengekalkan makanan tradisi seperti lauk pindang, sambal timun bercili, sambal belimbing telur ikan, masak pindang periuk tanah, kacang goreng minyak, cencaru dan ikan parang goreng cili. 

 Antara contoh makanan tradisi yang masih dikekalkan sehingga kini.  

Encik Suppiah juga memberitahu bahawa masyarakat yang unik ini bermula dari sejarah kedatangan India ke Melaka dan kebudayaan mereka. Walaupun berbangsa India namun keseluruhan cara hidup mereka dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu. Asimilasi budaya Melayu Melaka telah menyerap dalam kehidupan mereka. 


Tarian Payung yang masih dikekalkan. Ianya merupakan antara tarian tradisional masyarakat Chetti.

CERITA PANAS DI KAMPUNG CHETTI,,,

Setelah selesai sesi temubual dengan Puan Valliammai , Puan Indra dan juga adik Thineswari. Kami meneruskan perjalanan untuk melawat ke Perkampungan mereka pula. Susun atur perumahan mereka sangat tersusun rapi, bersih dan terdapat unsur-unsur yang melambangkan bahawa perkampunagn itu menempatkan etnik Chetti. Disepanjang jalannya mempunyai lukisan berbentuk 'kolam'. Dibawah ini saya akan lampirkan beberapa keping gambar untuk anda lihat suasana di perkampungan Chetti.


Wani sempat bergambar dihadapan pintu gerbang Perkampungan Chetti.



Antara bukti bahawa kami telah sampai ke Kampung Chetti.



Berpanas terik dan juga berkongsi satu payung. Kenangan ini tidak dapat dilupakan kerana masing-masing berebut ingin berteduh dibawah payung memandangkan keadaan pada waktu tu agak panas terik.



Disepanjang jalannya mempunyai lukisan berbentuk bunga. Lukisan ini menunjukkan mereka ini sangat kreatif.



Kuil yang terdapat di kampung Chetti. Ianya diberi nama 'Sri Muthu Mariamman'.



Di kampung ini juga terdapat sebuah bilik bacaan. 


Bersambung......





MELAKA I'M COMING,,,,

Assalammualaikum..Salam Sejahtera...Salam 1 Malaysia....

Pada 28.12.2015 jam 9.00 pagi, alhamdulillah kami selamat sampai ke Melaka. Sebelum kami pergi ke Muzium Chetti kami singgah sebentar di rumah Nadia yang merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan 'The Konglomerat' di Jasin Melaka. Telah berlaku percanggahan program daripada perancangan awal sebelum ini. Kami dengan suka rela menerima undangan daripada keluarga Nadia untuk datang ke Majlis Perkahwinan abangnya yang sulung. Siapa tak nak makan "free" kan. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Lagi pun sudah lama kami tidak makan nasi minyak. Peluang yang ada ini kami tidak akan lepaskan...

Selepas selesai sesi beramah mesra dengan keluarga Nadia, Kami meneruskan agenda utama kami iaitu lawatan ke Muzium Chetti Gajah Berang, Melaka. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Jasin. Setibanya kami disana, kami telah disambut oleh seorang adik cilik yang berumur 10 tahun. Beliau menyambut kami dengan sangat ramah.

Untuk memasuki muzium itu, kami dikehendaki membeli tiket yang berharga RM2 seorang.


Keadaan didalam muzium ini sangat teratur dimana segala maklumat yang kami kehendaki telah tersedia di setiap dinding bangunan muzium. Keadaan muzium ini adalah seperti sebuah rumah dimana terdapat bilik tidur dan juga ruang makan. Segala maklumat berkaitan sejarah penubuhan, makanan tradisional , adat istiadat, perayaan, perkahwinan, kematian, dan juga barang-barang peninggalan daripada nenek moyang etnik mereka ada disitu.

Dibawah ini kami sediakan sebuah video pendek oleh saudari Aini dan juga beberapa keping gambar ketika kami berada di Muzium Chetti.




Saudari Aini memberi kata-kata aluan di hadapan Muzium Chetti Melaka.



Bergambar bersama salah seorang kanak-kanak etnik Chetti (hujung kanan).



Dihadapan pintu masuk muzium Chetti.



Bahagian dapur terdapat batu lesung peninggalan nenek moyang mereka.



Perkakas dapur yang digunakan pada ketika dahulu.



Bilik yang terdapat didalam Muzium Chetti



Antara individu yang kami temubual di Muzium Chetti.


Friday, 27 November 2015

KE MELAKA KE KITA????

Assalamualikum dan salam Satu Malaysia. Pada pagi yang indah ini kami The Konglomerat akan meneruskan perjalanan ke Melaka bandar bersejarah. Insyallah pada hari ini kami akan melawat muzium Chetti dan menjalankan sesi temuramah bersama Etnik Chetti.

Berikut merupakan tentatif program pada hari ini.

MASA
AKTIVITI
7.00 pagi – 7.30 pagi
Berkumpul dan mendengar taklimat sebelum bertolak
8.00 pagi – 10.00 pagi
Bertolak ke Melaka
10.00 pagi – 10.30 pagi
Dijangka tiba di Muzium Chetti Melaka
10.30 pagi – 12.00 tengahari
Lawatan dan Sesi Temu Ramah bersama Etnik Chetti
12.00 tengah hari – 2.00 petang
Rehat
2.00 petang – 3.00 petang
Lawatan di kawasan kampung Chetti
3.00 petang – 5.00 petang
Jalan-jalan di sekitar Melaka
5.00 petang
Pulang ke UKM

Doakan perjalanan kami berjalan lancar seperti yang telah dirancang