Wednesday, 25 November 2015

MUZIUM CHETTI

13 November 2015 dua orang ahli The Konglomerat telah membuat lawatan ke muzium Chetti di Gajah Berang, Melaka untuk mencari bahan yang boleh dilampirkan ke dalam laporan akhir. Input dan hasil yang diperolehi daripada lawatan tersebut sangat membantu kumpulan kami bagi menyiapkan tugasan ini. Mereka juga telah menjumpai lokasi penempatan etnik ini dan berjaya membuat sedikit kajian terhadap lokasi tersebut. Penempatan etnik ini terletak di Kampung Chetti yang bersebelahan dengan Muzium Chetti. 




Muzium Chetti yang terletak di Melaka.




Pakaian yang digunakan oleh etnik Chetti untuk hari perkahwinan.




Antara contoh pakaian tradisional yang digunakan oleh mereka.




Contoh rumah salah seorang penduduk yang tinggal di perkampungan Chetti.


Insyaallah pada hari jumaat ini bersamaan 27 November 2015 kami The Konglomerat akan pergi semula ke perkampungan Chetti untuk sesi temubual bersama penduduk. Doakan agar perjalanan kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga Allah SWT merahmati perjalanan ini. Amin.

No comments:

Post a Comment