Friday, 27 November 2015

KE MELAKA KE KITA????

Assalamualikum dan salam Satu Malaysia. Pada pagi yang indah ini kami The Konglomerat akan meneruskan perjalanan ke Melaka bandar bersejarah. Insyallah pada hari ini kami akan melawat muzium Chetti dan menjalankan sesi temuramah bersama Etnik Chetti.

Berikut merupakan tentatif program pada hari ini.

MASA
AKTIVITI
7.00 pagi – 7.30 pagi
Berkumpul dan mendengar taklimat sebelum bertolak
8.00 pagi – 10.00 pagi
Bertolak ke Melaka
10.00 pagi – 10.30 pagi
Dijangka tiba di Muzium Chetti Melaka
10.30 pagi – 12.00 tengahari
Lawatan dan Sesi Temu Ramah bersama Etnik Chetti
12.00 tengah hari – 2.00 petang
Rehat
2.00 petang – 3.00 petang
Lawatan di kawasan kampung Chetti
3.00 petang – 5.00 petang
Jalan-jalan di sekitar Melaka
5.00 petang
Pulang ke UKM

Doakan perjalanan kami berjalan lancar seperti yang telah dirancang

Wednesday, 25 November 2015

MUZIUM CHETTI

13 November 2015 dua orang ahli The Konglomerat telah membuat lawatan ke muzium Chetti di Gajah Berang, Melaka untuk mencari bahan yang boleh dilampirkan ke dalam laporan akhir. Input dan hasil yang diperolehi daripada lawatan tersebut sangat membantu kumpulan kami bagi menyiapkan tugasan ini. Mereka juga telah menjumpai lokasi penempatan etnik ini dan berjaya membuat sedikit kajian terhadap lokasi tersebut. Penempatan etnik ini terletak di Kampung Chetti yang bersebelahan dengan Muzium Chetti. 




Muzium Chetti yang terletak di Melaka.




Pakaian yang digunakan oleh etnik Chetti untuk hari perkahwinan.




Antara contoh pakaian tradisional yang digunakan oleh mereka.




Contoh rumah salah seorang penduduk yang tinggal di perkampungan Chetti.


Insyaallah pada hari jumaat ini bersamaan 27 November 2015 kami The Konglomerat akan pergi semula ke perkampungan Chetti untuk sesi temubual bersama penduduk. Doakan agar perjalanan kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga Allah SWT merahmati perjalanan ini. Amin.

KERTAS KERJA!!

Hai dan Assalamualaikum semua. Hari ni kami ingin cerita serba sedikit perkembangan kajian untuk tugasan etnik minoriti. Kami telah menyediakan satu proposal untuk tugasan ini dan alhamdulillah kami mendapat maklum balas yang sangat baik daripada pensyarah kesayangan kami Puan Fatin Hazwani. Oleh itu kami boleh terus melakukan kajian yang lebih mendalam terhadap etnik Chetti yang tinggal di Melaka

Lampiran di bawah ini merupakan contoh rangka kertas kerja untuk tugasan ini. Semoga lampiran ini dapat membantu mana-mana pihak yang juga ingin membuat kajian yang lebih mendalam mengenai etnik Chetti di Melaka. 











Tuesday, 24 November 2015

TUGASAN PEMBENTANGAN BAB

Tugasan ini merupakan tugasan kedua kami. Pembentangan bab ini akan mewakili 20% daripada markah keseluruhan dalam kursus LMCW2173 Hubungan Etnik. Kami diminta untuk memilih satu sahaja tajuk untuk dibentangkan. “Kesimpulan Kejayaan Ekonomi Malaysia” merupakan tajuk yang dipilih oleh kumpulan “The Konglomerat”. Kami diminta untuk menyiapkan tugasan ini mengikut kreativiti dan kecenderungan yang ada. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk mengulas tajuk ini menggunakan “mind map” yang dibuat sendiri dan kami juga menghasilkan satu video menggunakan aplikasi “Powtoon” secara online.

Konsep pembentangan ini adalah, kami hanya diberi masa selama tiga minit sahaja untuk pembentangan (3 minutes thesis/pitching) dan kemudiannya diikuti oleh sesi soal jawab.

Di bawah ini kami sertakan bahan yang digunakan semasa pembentangan.



Mind map pembentangan




Video kesimpulan pembentangan




opppsss maaf ye...terselit gambar nie sekali!!!

Monday, 23 November 2015

THE KONGLOMERAT

THE KONGLOMERAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam satu Malaysia.


Kami telah bersetuju sebulat suara untuk membentuk satu kumpulan yang diberi nama “The Konglomerat”. Kumpulan kami  terdiri daripada 8 orang ahli. Kumpulan ini ditubuhkan atas dasar untuk memenuhi tugasan bagi khusus LMCW2173 Hubungan Etnik yang dibimbing oleh Puan Fatin Hazwani. Tugasan yang kami perlu selesaikan sebelum minggu ke-14 adalah mengenai kajian terhadap etnik minoriti yang terdapat di Malaysia. Kami bersepakat telah memilih untuk membuat kajian yang lebih mendalam terhadap etnik Chetti yang tinggal di Melaka.



Di bawah ini saya perkenalkan kesemua ahli kumpulan “The Konglomerat”. Salam perkenalan…